UNIT PEPERIKSAAN & PENDAFTARAN MAKTAB

Unit Peperiksaan dan Pendaftaran Maktab ( UPPM ) merupakan sebuah unit yang berperanan penting dalam organisasi maktab.

Objektif Unit:

  • Menyelaraskan jadual-jadual pengajaran dan subjek bagi memenuhi keperluan jam kredit setiap subjek.
  • Melakukan pemantauan dan melakukan pengukuran pencapaian pelajar setiap kali ujian selaras dan peperiksaan semester.
  • Mengendalikan urusan peperiksaan SPM dan PMR pelajar-pelajar.
Peranan UPPM:
  1. Menyediakan jadual waktu harian mengikut jam kredit yang ditentukan bagi setiap subjek dan tenaga pengajar.
  2. Menyediakan jadual peperiksaan dan kelas tambahan untuk setiap subjek.
  3. Menyediakan dan menyelaras waktu-waktu ujian selaras dan peperiksaan semester setiap subjek.
  4. Menentukan tahap pencapaian pelajar (PNG & TPNG).
  5. Mengeluarkan slip keputusan peperiksaan, Sijil Penghormatan Pengetua dan Sijil Graduasi.
Untuk melancarkan dan perjalanan pengemaskinian data pelajar, unit ini dilengkapi dengan kemudahan sebanyak 4 buah komputer dan software khas bagi memudahkan lagi pengendaliannya. Setiap data dan markah pelajar akan direkodkan dan diselaraskan sebelum dihantarkan kepada ibu pejabat.
  Jabatan
  UPPM
  Perpustakaan
  ICT
  PIBG