 |
|
Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT)
Selari dengan peredaran masa yang mengutamakan penggunaan Teknologi Maklumat dalam Intitusi pendidikan, MRSM Kota Kinabalu telah mengambil langkah mewujudkan satu jawatankuasa khusus dalam mengendalikan Pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di MRSM. Jawatankuasa ini bertanggungjawab dalam memantau dan mengendalikan peralatan, kewangan, dan program ICT peringkat maktab. Jawatankuasa ini merupakan satu unit yang berperanan penting dalam menggalakkan penggunaan IT dikalangan warga maktab khususnya dalam pembelajaran. Antara kemudahan ICT yang tersedia untuk dinikmati oleh warga maktab adalah seperti:
-
LCD Projector, Digital Camera, Digital Handycam.
-
Server dan sistem rangkaian maktab.
-
Makmal Multimedia (31 unit komputer dilengkapi Internet)
-
'Open Library' (25 unit komputer dilengkapi Internet)
-
2 Makmal Komputer (62 unit)
-
Bilik Kerja Guru
-
Bilik UPPM
-
Pejabat
|