Sejarah Penubuhan

Maktab Rendah Sains MARA Kota Kinabalu terletak kira-kira 24 km dari Kota Kinabalu dan 15 km dari Pekan Papar. Jarak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) adalah kira-kira 18 km. Maktab yang terletak dikawasan yang tenang, dan sesuai untuk iklim pembelajaran ini meliputi kawasan seluas 35 ekar dan didirikan di kawasan yang telah direzabkan oleh Lembaga Kemajuan Perhutanan Negeri Sabah (SAFODA).Usaha kerajaan yang berterusan untuk membangunkan anak negeri Sabah melalui pendidikan terhasil setelah Kementerian Pembangunan Usahawan menerusi agensi Majlis Amanah Rakyat (MARA) berganding bahu bersama Kerajaan Negeri Sabah untuk mewujudkan maktab terulung iaitu Maktab Rendah Sains MARA Kota Kinabalu (MRSM).
MRSM mula membuka pintu pendaftaran sulung pada tanggal 7 April 2002 untuk kemasukan seramai 190 orang pelajar perintis dari serata bumi Sabah yang akan mendukung moto 'Kemuncak Kegemilangan'. Majlis pendaftaran telah sudi dirasmikan oleh YB Datuk Abdul Rahim bin Ismail yang ketika itu menjawat jawatan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah merangkap ADUN Pantai Manis. Seramai 25 orang guru perintis dan 15 kakitangan telah menjayakan pendaftaran pertama dengan penuh komited. Pendaftaran seterusnya telah diadakan pada 4 Mei 2002 dan seramai 102 orang pelajar telah menerima tawaran MRSM Kota Kinabalu bagi memenuhkan enrolmen pelajar tahun 2002.Sehingga kini seramai 2 orang pengetua telah berkhidmat di MRSM Kota Kinabalu.

1. Tn. Hj Khalil Ab Rahman 2002 - 2006
2. Tn. Hj. Ibrahim Othman 2006