Pengenalan    

Perutusan Pengetua    

Objektif dan Misi Organisasi    

Piagam Pelanggan    
    ______________________________
Hakmilik @ 2010 MRSM Kuala Berang
Depan      Organisasi        Akademik          Pelajar               Program                                                                                           Hubungi Kami 
Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi MRSM Kuala Berang                                                            Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi MRSM Kuala Berang 

Sebarang Komen / Cadangan sila kemukakan kepada webmaster : mrsmtb@mara.gov.my
Pengenalan MRSM Kuala Berang
Kampus Maktab Rendah Sains MARA Kuala Berang seluas lebih kurang 29 ekar terletak di Kampung Padang Setenga, kira-kira 4km dari bandar Kuala Berang menghala ke Empangan Hidro Kenyir dan 45km dari Bandar Kuala Terengganu. Di sekelilingnya adalah kawasan pertanian.


Maktab Rendah Sains MARA Kuala Berang adalah kesinambungan daripada Maktab Rendah Sains MARA Kerteh yang terletak di Bandar Baru Kerteh yang telah mula beroperasi pada 15 April 1987. Mulai bulan November 1992, Maktab Rendah Sains MARA Kerteh ditutup dan berpindah ke MRSM Kuala Berang.


Walaupun kampusnya agak tersorok di kawasan luar bandar namun pihak pengurusan MRSM dan MARA amnya berusaha sedaya upaya menyediakan segala kemudahan untuk kepentingan dan keselesaan pembelajaran yang lebih sempurna. Pihak MARA telah memulakan projek pembesaran mulai tahun 1998 iaitu menambahkan kemudahan-kemudahan asas.


Pada tahun 1997 Maktab Rendah Sains MARA Kuala Berang telah dipilih oleh pihak pengurusan MARA sebagai Maktab Rendah Sains MARA (Agama) yang mengendalikan jurusan Dwi Aliran (Sains Tuilen + Agama).


Mulai tahun 2003 semua pelajar dikehendaki mengambil 9 subjek aliran sains tulen dan 1 subjek pilihan samada Tassawur Islam, Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Seni Visual atau Prinsip Akaun.