|
|
|
PERATURAN
MAKTAB |
|
|
|
ETIKA PAKAIAN PELAJAR |
|
|
Pakaian Lelaki |
Pakaian Perempuan |
|
1. |
Waktu Kelas Akademik |
Baju Kameja Putih berlengan panjang, bertali
leher rasmi maktab / Baju “Polo” berwarna “Beige” dan disisip ke
dalam seluar panjang berwarna ‘khaki’.
Paras kaki seluar hendaklah melepasi bawah
buku lali dan ukuran lilit kaki seluar di antara 14” hingga 18”.
Kasut kulit / PVC tertutup yang berwarna
hitam keseluruhannya,
Kasut Kanvas tidak dibenarkan.
Stokin berwarna gelap / hitam dan menutupi
buku lali.Memakai tanda nama rasmi maktab (Kad Matrik) di atas
poket sebelah kiri. |
Baju Kurung Putih dan kain berwarna ‘khaki’
yang panjangnya menutupi buku lali.
Tudung berwarna putih. (Pelajar bukan Islam
tidak diwajibkan.
Kasut kulit / PVC tertutup yang berwarna
hitam keseluruhannya,
Kasut Kanvas tidak dibenarkan
Stokin berwarna gelap / hitam dan menutupi
buku lali.Memakai tanda nama rasmi maktab (Kad Matrik) di atas
tudung sebelah kiri. |
|
2. |
Waktu Perhimpunan dan
Upacara Rasmi |
Baju Kameja Putih berlengan panjang, bertali
leher rasmi maktab dan disisip ke dalam seluar panjang berwarna
‘khaki’ berkasut dan berstokin hitam.Memakai tanda nama (Kad
Matrik) |
Baju Kurung Putih dan kain berwarna ‘khaki’.
Kain yang panjangnya menutupi buku lali dan tudung berwarna
putih, berkasut dan berstokin hitam.Memakai tanda nama (Kad
Matrik) |
|
3. |
Kelas Persediaan / Prep |
Siang
Baju kameja / T-Shirt berkolar kemas
dipadankan dengan seluar panjang biasa / slack, berkasut dan
berstokin.
T-Shirt ‘round neck’ tidak dibenar.
Malam
(i) Baju Melayu putih / potongan melayu dan
seluar panjang putih / baju melayu sepasang berwarna putih.(ii)
Baju T lengan pendek / panjang, berkolar dengan warna atau corak
yang kelihatan sopan dan positif dipadankan dengan seluar
panjang biasa (bukan Islam)Memakai kasut biasa atau sandal.
|
Siang dan malam
(i) Baju kurung berwarna bebas dan
bertudung.(ii) Gaun labuh (melampau lutut) berlengan atau maxi .
(pelajar bukan Islam). Memakai kasut biasa atau sandal . |
|
4. |
Pakaian di Dewan Makan |
Hari Persekolahan
Pagi / Tengahari berpakaian seperti ke kelas.
Petang/ Malam berpakaian seperti ke kelas
persediaan
Hujung Minggu /Cuti Am
Pakaian mestilah kemas dan bersih. (Seperti
pakaian kelas persediaan) |
Hari Persekolahan
Pagi / Tengahari berpakaian seperti ke kelas.
Petang/ Malam berpakaian seperti ke kelas
persediaan
Hujung Minggu /Cuti Am
Pakaian mestilah kemas dan
bersih. (Seperti pakaian kelas persediaan) |
|
|
5. |
Hari Jumaat / Sembahyang
Jumaat |
Baju Melayu berwarna putih, berbutang, sampin
rasmi maktab, songkok hitam dan kasut atau capal / sandal. |
- |
|
6. |
Pakaian ke Surau |
Baju Melayu sepasang / baju melayu dengan
seluar panjang biasa atau kain pelikat atau jubah biasa dan
bersongkok. |
Baju kurung biasa / jubah dan memakai
‘telekung’ sembahyang yang lengkap. |
|
7. |
Acara Rasmi Agama |
Baju Melayu lengkap |
Baju kurung dan bertudung kepala. |
|
8. |
Outing |
Batik maktab / uniform, seluar berwarna
khaki, berkasut dan berstokin warna gelap. |
Batik maktab / uniform berkasut dan berstokin
warna gelap |
|
9. |
Balik Kampung untuk bercuti
dan balik semula ke maktab |
Batik / uniform maktab |
Batik / uniform maktab |
|
10. |
Bersukan Rekreasi dan Kelas
Pendidikan Jasmani |
Seluar sukan berwarna hitam / biru gelap
setakat lutut dan memakai baju T berkolar berwarna putih yang
disisip ke dalam seluar.Kasut kanvas putih / ’track shoes; dan
berstokin. |
Seluar panjang sukan berwarna hitam / biru
gelap dan kameja T berkolar berwarna putih dan berlengan
panjang.Kasut kanvas putih / ’track shoes; dan berstokin. |
|
11. |
Kelas Tambahan / Kelas
Gantian |
Sekiranya diadakan semasa waktu yang
dijadualkan dalam jadual waktu persekolahan, pakaian hendaklah
sama seperti ke kelas.Sekiranya aktiviti diadakan di luar waktu
yang dijadualkan, pelajar hendaklah memakai pakaian kemas dan
bersih (lihat pakaian untuk ke kelas persediaan) |
|
|
12. |
Semasa Aktiviti
Ko-kurikulum |
Pakaian badan beruniform yang dianggotai /
baju kameja berwarna bebas / baju polo bebas tanpa corak. |
Pakaian badan beruniform yang dianggotai /
Baju Kurung berwarna bebas/‘T-Shirt’ lengan panjang berwarna
bebas tanpa corak. |
|
13. |
Lawatan / Kerja Luar Mengikut Guru |
Batik / uniform maktab/ yang ditetapkan oleh
guru penasihat |
Batik / uniform maktab/ yang ditetapkan oleh
guru penasihat |
|
14. |
Hari Cuti / Hujung Minggu |
Pakaian kemas dan bersih dibenarkan. |
Pakaian kemas dan bersih dibenarkan. |
|
|
|
|
2. PAKAIAN LARANGAN
Pada bila-bila masa dan di mana juga di dalam
kawasan maktab, pelajar dilarang memakai / memiliki / menyimpan
pakaian seperti berikut :-
Semua jenis pakaian yang ditafsirkan sebagai
menjolok mata atau pakaian yang mendedahkan aurat mengikut
tafsiran Islam atau pakaian ketat yang memperlihatkan raut anggota
atau tubuh badan pemakainya atau pakaian yang ditafsirkan sebagai
‘seksi’ atau bertentangan dengan nilai-nilai budaya dan moral
masyarakat kecuali di tempat-tempat tertutup kepada jantina yang
berlainan atau dengan kebenaran khas atas sebab-sebab keselamatan.
Baju atau pakaian yang ada gambar orang seperti
penyanyi, penghibur, pemimpin, ahli sukan dan sebagainya atau
gambar-gambar lucah atau gambar-gambar yang bertentangan dengan
nilai-nila i murni budaya Malaysia dan kepentingan maktab atau
negara.
Baju atau pakaian yang bertulis dengan tulisan
atau lakaran yang lucah, ganas atau bertentangan dengan
nilai-nilai murni budaya Malaysia dan kepentingan maktab atau
negara.
Semua jenis jeans, cotton slack, jaket
dan jubah kecuali overall makmal / bengkel ketika melakukan kerja
berkaitan atau jubah untuk mengerjakan “solat” di surau atau di
tempat-tempat berkenaan.
Tali pinggang berwarna-warni, rugged, berkepala
besar dengan tulisan atau lakaran reka bentuk binatang, lucah,
ganas dan sebagainya.
Sebarang jenis “ikatan” atau lilitan kepada
kepala termasuk topi, serban dan sebagainya kecuali:-
Songkok biasa berwarna hitam atau biru gelap /
turban bagi yang beragama Sikh
Kopiah atau serban semasa berada atau solat di
asrama.
“Topi atau cap” untuk tujuan tertentu pada
tempat dan masa tertentu mengikut acara (sukan, perbarisan,
pakaian seragam dan sebagainya mengikut kesesuaian dan keperluan).
Berpakaian separuh bogel (tidak memakai baju,
berkemban, memakai tuala mandi sahaja, berkaki ayam tidak memakai
alas kaki / kasut) ditegah kecuali dalam bilik mandi / asrama atau
tempat-tempat yang dilarang memakai kasut.
Mengenakan sebarang jenis pakaian yang dianggap
tidak sesuai / tidak wajar dipakai oleh pelajar sekolah.
Mengenakan atau memakai baju “T” (sebarang
jenis) berwarna hitam atau gelap pekat atau hijau tentera /
celoreng.
Mengenakan pakaian yang kotor, koyak (sengaja /
tidak) atau compang- camping.
|
|
3. KAD MATRIK PELAJAR / TANDA NAMA
Semua pelajar dikehendaki memakai kad matrik
pelajar di dada baju sebelah kiri pada waktu kelas, lawatan rasmi
dan acara rasmi maktab.
4. KELUAR KE BANDAR HUJUNG MINGGU / CUTI AM /
BERSAMA KELUARGA / MASA LAWATAN
4.1 Para pelajar dibenarkan keluar ke
bandar Gerik mengikut jadual berikut :-
*Jumaat : 02.30 ptg - 06.00 ptg
* Sabtu : 10.30 pg - 06.00 ptg
Ahad : 10.30 pg - 06.00 ptg
(bersama dengan ibu bapa sekiranya belum keluar
pada hari Jumaat / Sabtu)
Cuti Am : 10.30 pg - 06.00 ptg
(dengan kebenaran dari Pengetua, P.Pengetua atau
Ketua Warden)
* Nota : - Pelajar lelaki & permpuan akan keluar
bergilir-gilir mengikut minggu yang telah ditetapkan.
- Hanya sekali keluar sahaja samada hari Jumaat /
Sabtu.
4.2 a) Untuk keluar ke bandar pada hujung
minggu, kad keluar kampus pelajar perlu diisi dengan lengkap dan
ditandatangani oleh Guru Asrama bertugas. Kad tersebut hendaklah
diserahkan kepada Pengawal di pondok pengawal. Pelajar perlu
mengambil semula kad berkenaan apabila pulang ke maktab. Pelajar
juga dikehendaki mengisi dan menandatangani buku keluar masuk
kampus di pondok pengawal.
b) Para pelajar perlu mematuhi giliran keluar
bandar seperti yang telah ditetapkan. Sekiranya pelajar perlu
keluar pada hari bukan gilirannya keluar, kebenaran khas perlu
diperolehi terlebih dahulu dari pada Pengetua atau Penolong
Pengetua. Untuk ini pelajar perlu menulis surat memohon
kebenaran keluar ke bandar.
c) Untuk keluar pada hari Ahad (bersama
keluarga), kebenaran perlu diperolehi dari guru asrama bertugas
/ Ketua Guru Asrama. Pelajar hanya dibenarkan keluar selepas
pukul 10.30 pagi.
d) Untuk keluar pada hari cuti am, kebenaran
perlu diperolehi dari pada Pengetua, Penolong Pengetua atau Ketua
Guru Asrama / Guru Asrama bertugas.
e) Para Pelajar dikehendaki berpakaian
seragam / batik maktab apabila keluar dari kawasan maktab, sama
ada keluar bersendirian ataupun dengan keluarga.
f) Untuk keluar ke bandar pada hujung minggu,
para pelajar dikehendaki keluar dalam kumpulan berdua atau lebih
dari jantina yang sama.
g) Semasa di bandar pelajar-pelajar tidak boleh
mengunjungi tempat-tempat seperti berikut :-
i) Pusat-pusat permainan hiburan yang memiliki
alat-alat permainan ‘billiard’,
mesin ‘pin-ball’, video games, siber cafe dan
sebagainya.
ii) Kelab malam, bar, disko dan sebagainya.
iii) Apa-apa sahaja tempat yang mencurigakan.
4.3 Keluar Ke Bandar Pada Hari Persekolahan
a) Untuk keluar ke bandar pada hari persekolahan,
kebenaran khas perlu diperolehi dari Pengetua atau Penolong Pengetua
semasa waktu kelas akademik.
b) Diluar waktu kelas akademik, selain dari
Pengetua dan Penolong Pengetua, kebenaran
boleh juga diperolehi dari Ketua Guru Asrama
c) Di dalam kedua-dua perkara di atas, hendaklah berurusan dengan
Ketua Guru Asrama atau Guru Asrama bertugas untuk pengesahan di
dalam kad keluar kampus dan kad berkenaan diserahkan di pondok
pengawal. Kad tersebut perlu di ambil semula apabila pelajar pulang
ke maktab.
|
|
4.4 Balik Bermalam Hujung Minggu
a) Pelajar-pelajar dibenarkan balik bermalam
seperti tarikh yang ditetapkan sahaja.
b) Untuk balik bermalam pada hujung minggu yang
dibenarkan, permohonan balik daripada ibu bapa / penjaga mesti
diterima oleh pihak maktab selewat-lewatnya seminggu sebelum pelajar
dibenarkan balik. Untuk tujuan ini ibu-bapa / penjaga perlu membuat
1 salinan borang permohonan balik bermalam yang dilampirkan dan
dihantar ke maktab untuk mendapat kelulusan.
Kelulusan ini hanya boleh diperolehi daripada
Pengetua atau Penolong Pengetua. Dalam kes-kes kecemasan yang
memerlukan pelajar balik bermalam selepas waktu pejabat (04.30
petang) atau pada hari-hari cuti am, selain daripada Pengetua dan
Penolong Pengetua, kebenaran pulang ber malam ini boleh juga
diperolehi daripada Ketua Guru Asrama. Walau bagaimanapun keputusan
Pengetua adalah muktamad.
4.5 Masa Lawatan
Jumaat : 12.30 tgh - 06.00 ptg
Sabtu : 10.30 pg - 06.00 ptg
Ahad : 10.30 pg - 06.00 ptg
Cuti Am : 10.30 pg - 06.00 ptg
Nota :
1. Ibu bapa / pelawat tidak dibenarkan masuk ke
kawasan asrama Puteri dan Putera bagi menjaga keselamatan dan
keselesaan pelajar.
2. Ibu bapa / pelawat hanya dibenarkan menunggu /
berjumpa anak-anak
/ pelajar di hadapan foyer bangunan akademik dan
pondok berehat yang terdapat
di hadapan bangunan akademik maktab sahaja.
5. PERATURAN PREP
a) Pelajar MESTI HADIR dan berada dalam
kelas persediaan yang telah ditetapkan.
b) Pelajar tidak dibenarkan membawa ‘walkman’,
radio, majalah atau bahan-bahan bukan akademik.
c )
Pelajar tidak dibenarkan berada di kawasan asrama pada waktu kelas
persediaan.
d) Aktiviti-aktiviti seperti jamuan, mesyuarat
dan sebarang jenis perjumpaan tidak dibenarkan pada waktu kelas
persediaan kecuali dengan kebenaran Pengetua, Pen. Pengetua atau
Ketua Guru Asrama dan hendaklah dimaklumkan kepada guru asrama
bertugas harian.
e) Pakaian masa kelas persediaan tertakluk kepada
kod pakaian.
f) Pelajar yang sakit hendaklah berada di Sick
Bay.
6. PERATURAN PENGGUNAAN TV
Pelajar dibenarkan menonton TV di antara
masa-masa berikut :-
Isnin - Jumaat : 06.00 ptg - 06.45 ptg
Sabtu : 10.00 pg - 11.00 mlm
Ahad : 10.00 pg - 06.45 ptg
|
|
7 PERATURAN KESELAMATAN DI ASRAMA
7.1 Penggunaan Peralatan Elektrik
a. Semua peralatan elektrik persendirian tidak
boleh digunakan kecuali kalkulator dan radio kaset yang menggunakan
bateri.
b. Hanya seterika elektrik yang diediakan oleh
pihak maktab di bilik rekreasi sahaja yang boleh digunakan.
c. Sambungan secara haram ke sebarang alat
elektrik tidak dibenarkan.
d. Pastikan plug ditanggalkan dari soket setelah
digunakan.
e. Jangan gunakan sebarang peralatan elektrik
semasa kilat.
f.. Pastikan semua suis dimatikan / ditutup
selepas anda menggunakan elektrik atau sebelum meninggalkan asrama.
g. Sebarang kerosakan berkaitan dengan elektrik
hendaklah dilaporkan segera kepada guru asrama anda. Jangan cuba
baiki sendiri.
h. Jangan sentuh sebarang alat elektrik yang
sedang digunakan jika tangan anda basah.
7.2 Peralatan Keselamatan Diri / Hartabenda
Semasa Kebakaran
a. Bila anda mendengar isyarat berlaku kebakaran
/ terhidu bau asap, perkara pertama yang mesti dilakukan ialah
menyelamatkan nyawa anda dan rakan anda.
b. Segera beri amaran kepada rakan seasrama.
Menjerit sekuat mungkin perkataan “Api....... Api ....... Api....…”
c. Sila hubungi Bomba yang berhampiran.
d. Selamatkan barang-barang berharga kepunyaan
anda seperti Kad Pengenalan, Sijil-sijil Penting, Buku Pelajaran dan
Wang jika anda berupaya membawanya dengan mudah. Jika kebakaran
sudah marak lupakan barang-barang tadi dan anda perlu selamatkan
nyawa anda dahulu.
e. Jika anda mengetahui ada rakan anda tidak
berupaya untuk bergerak keluar dari asrama disebabkan pengsan,
cedera dan sebagainya, bantulah beramai-ramai dengan membawanya
keluar.
f. Keluarlah dari asrama secepat mungkin melalui
pintu yang berhampiran dengan anda. (Seperti dalam pelan setiap
asrama).
g. Bergeraklah dengan pantas tapi teratur
meninggalkan asrama menuju ke tempat yang ditetapkan. Berkumpullah
di tempat tersebut.
7.3 Keselamatan Wang Di Asrama
7.3.1 Wang Tunai
Pelajar hanya dibenarkan menyimpan wang tunai
di tangan tidak lebih dari RM 10.00.
Wang tunai yang berlebihan mestilah di simpan
di bank atau pada guru penasihat homeroom / Guru Asrama
Pelajar hendaklah menyimpan wang di tempat
yang selamat.
|
|
7.3.2 Kad ATM (Buku Akaun Simpanan / Juara / Giro)
Semua kad ATM mesti disimpan di tempat yang
selamat.
Jangan simpan nompor PIN bersama-sama dengan
kad ATM.
Jangan meminta bantuan orang lain untuk
mengeluarkan wang dengan Kad ATM anda.
Pelajar digalakkan menyimpan kad ATM kepada
guru penasihat homeroom.
Adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk
melaporkan kehilangan kad ATM dengan segera.
7.3.3 Keselamatan Umum
Kegunaan lengkaran ubat nyamuk, pelita dan
lilin TIDAK dibenarkan
Setiap penghuni asrama seharusnya tahu
menggunakan alat pemadam api semasa berlaku kebakaran.
Jika berlaku kecemasan sila hubungi Guru
Asrama / Ketua Guru Asrama / Pengawal dengan segera.
Kemudahan ‘first-aid’ boleh didapati
daripada Guru Asrama / Bilik Sakit / Pejabat Guru Asrama /
Ketua Guru Asrama / Pondok Pengawal.
8. PERATURAN BILIK SAKIT
8.1 Pelajar yang sakit dan telah mendapat rawatan
hendaklah melaporkan diri kepada Guru
Asrama bertugas dengan menunjukkan surat
kenyataan sakit. Sekiranya pelajar itu tidak berdaya, beliau perlu
mendapatkan bantuan daripada kawan-kawan untuk melaporkan kepada
pegawai berkenaan.
8.2 Pelajar sakit tidak dibenarkan berada di
asrama pada waktu-waktu persekolahan.
8.3 Pelajar yang hendak keluar dari bilik ini
wajib memberitahu Guru Asrama bertugas.
8.4 Kebersihan dan kekemasan bilik ini hendaklah
sentiasa dijaga.
8.5 Jangka masa tinggal di Bilik Sakit tertakluk
kepada keperluan dan jenis penyakit.
8.6. Penyakit Berjangkit
a. Pelajar berkenaan dibenarkan pulang ke rumah
setelah mendapat pengesahan
doktor dan kebenaran Pengetua / Pen. Pengetua /
Ketua Guru Asrama.
b. Pelajar berkenaan dibenarkan tinggal di bilik
sakit sehingga disahkan sembuh.
9 PERATURAN ASRAMA
9.1. Bilik Tidur / Kebersihan Bilik Di Asrama
a. Bilik mestilah kemas dan sentiasa bersih.
b. Kad Asrama (locker tag) mestilah dilekatkan di
bahagian luar almari.
c. Barang-barang di kaunter mestilah disusun
dengan kemas.
d. Sampah hendaklah dimasukkan ke dalam bakul
sampah.
e. Cadar dan sarung bantal berwarna Meroon yang
dijual di Koperasi maktab hendaklah sentiasa di pasang.
f. Selimut hendaklah dilipat dan diletakkan di
hujung katil.
g. Pakaian yang kering hendaklah dilipat dengan
kemas dan disimpan di dalam almari.
h. Pakaian yang basah hendaklah disidai di
ampaian yang disediakan di luar asrama.
i. Barang-barang tidak dibenarkan diletak di atas
almari.
j. Paip-paip air hendaklah sentiasa ditutup
selepas digunakan .
k. Jimatkan air seberapa yang boleh.
l. Dilarang meletak buku di tingkap-tingkap
asrama pada sebarang waktu.
m. Kasut hendaklah disimpan di tempat-tempat yang
dibenarkan.
n. Selipar ‘Jepun’ hanya dibenarkan di pakai di
kawasan asrama sahaja.
o. Pakaian yang disidai di ampaian mestilah
diangkat setelah kering.
p. Pakaian yang jatuh hendaklah diambil segera.
Jika tidak, pakaian akan diambil oleh pihak maktab.
q. Makanan yang berbau tidak dibenarkan disimpan
di bilik.
r. Syarat pakaian di asrama merujuk kepada kod
pakaian.
s. Sebarang kerosakan peralatan bilik asrama
adalah tanggungjawab penghuni bilik.
t. Pemeriksaan asrama akan dijalankan setiap hari
pada pukul 7.00 pagi
9.2 Peraturan Lampu Padam
1. Pelajar-pelajar mesti berada di katil
masing-masing pada pukul 11.20 malam.
2. Jam 11.30 malam, lampu mesti dipadamkan.
3. Pelajar tidak boleh berjalan-jalan,
berbual-bual / keluar asrama selepas lampu padam.
4. Pada malam minggu dan cuti am, lampu mesti
dipadamkan pada pukul 11.30 malam
|
|
9.3 Peraturan Penggunaan Surau
a. Semua pelajar Islam wajib sembahyang
fardhu di surau.
b. Semua sembahyang fardhu di wajibkan berjemaah
di surau.
c. Semua pelajar diwajibkan membaca Yassin pada
hari Khamis malam Jumaat.
d. Semua pelajar diwajibkan menghadiri ceramah
Agama pada hujung minggu.
e. Pelajar bukan Islam mestilah menghormati waktu
pelajar Islam sedang bersembahyang / beribadat / menjalankan
aktiviti agama.
f. Semua aktiviti agama maktab hendaklah mendapat
kelulusan Pengetua.
g. Jangan salahgunakan surau.
h. Pakaian di surau merujuk kod pakaian
(Dilarang memakai T-Shirt ‘round neck’).
9.4 Peraturan Dewan Selera
1. Beratur semasa mengambil makanan, dilarang
potong memotong.
2. Sentiasa menjaga kebersihan dewan selera.
Sisa-sisa makanan hendaklah dibuang di tempat yang disediakan.
3. Sistem ‘booking’ tidak dibenarkan.
4. Bangku, meja dan alatan hendaklah disusun
selepas digunakan.
5. Pakaian di Dewan Selera mengikut seperti yang
ditetapkan dalam Kod pakaian.
6. Pelajar-pelajar di larang membawa
barang-barang, alat-alat dewan dan makanan keluar dari pada dewan
selera.
7. Pelajar TIDAK dibenarkan masuk ke dapur
/ kawasan larangan.
8. Buku-buku dan alat-alat hendaklah diletakkan
di tempat yang disediakan.
9. Sentiasa mematuhi peraturan makan di dewan
selera yang dikeluarkan oleh maktab dari masa ke semasa.
|
|
|
|
KEHIDUPAN DI ASRAMA
10.1 HARI PERSEKOLAHAN
(Isnin — Khamis) |
|
MASA |
AKTIVITI |
|
05.30 pg - 06.30 pg |
Bangun pagi dan Solat Subuh
berjemaah |
|
06.45 pg - 07.15 pg |
Sarapan Pagi |
|
07.10 pg |
Pelajar dikehendaki
meninggalkan Asrama. Pemeriksaan Bilik Oleh Guru Asrama Dan
Ketua Blok |
|
07.15 pg |
Pelajar mesti berkumpul di
Tinta Emas |
|
07.30 pg - 02.00 ptg |
Sesi Akademik |
|
02.00 ptg - 03.00 ptg |
Makan Tengahari / Rehat |
|
03.00 ptg - 03.15 ptg |
Sembahyang Zohor Berjemaah |
|
03.15 ptg - 04.30 ptg |
Kelas Persediaan Petang /
Ko-Kurikulum |
|
04.30 ptg—05.15 ptg |
Minum petang dan Solat Asar
berjemaah |
|
05.15 ptg - 06.15 ptg |
Sukan / Riadah |
|
06.15 ptg - 07.00 mlm |
Makan Malam |
|
07.00 mlm - 09.00 mlm |
Tadarus Al-Quran, Solat
Maghrib dan Isyak Berjemaah.Pelajar Mesti Berada Di Surau Pada
Jam 07.00 malam |
|
09.00 mlm - 10.45 mlm |
Kelas persediaan malam. |
|
10.45 mlm - 11.00 mlm |
Minum malam |
|
11.30 mlm |
Lampu padam / Pelajar tidur
di bilik masing-masing. |
|
|
HARI PERSEKOLAHAN
(Jumaat) |
|
MASA |
AKTIVITI |
|
05.30 pg - 06.30 pg |
Bangun pagi dan Solat Subuh
berjemaah |
|
06.45 pg - 07.15 pg |
Sarapan Pagi |
|
07.10 pg |
Pelajar dikehendaki
meninggalkan Asrama. Pemeriksaan Bilik Oleh Guru Asrama Dan
Ketua Blok |
|
07.15 pg |
Pelajar mesti berkumpul di
Tinta Emas |
|
07.30 pg - 12.25 pg |
Sesi Akademik |
|
12.25 tgh - 03.15 ptg |
*Solat Jumaat / Makan
Tengahari |
|
03.15 ptg - 04.30 ptg |
Outing Prep bagi pelajar
yang tidak outing |
|
04.30 ptg—05.15 ptg |
Minum petang dan Solat Asar
berjemaah |
|
05.15 ptg - 06.15 ptg |
Sukan / Riadah |
|
06.15 ptg - 07.00 mlm |
Makan Malam |
|
07.00 mlm - 09.00 mlm |
Tadarus Al-Quran, Solat
Maghrib dan Isyak Berjemaah. Pelajar Mesti Berada Di Surau Pada
Jam 07.00 malam |
|
09.00 mlm - 10.45 mlm |
Kelas Persediaan (Prep) |
|
10.45 mlm - 11.00 mlm |
Minum malam |
|
11.30 mlm |
Lampu padam / Pelajar tidur
di bilik masing-masing. |
|
|
* Pelajar lelaki ke Masjid
untuk Solat Jumaat sebaik sahaja habis sesi akademik pada pukul
12.25 tgh. (Pulang ke asrama adalah satu kesalahan) |
|
|
|
10.3 Sabtu |
|
MASA |
AKTIVITI |
|
05.30 pagi - 06.30 pagi |
Bangun pagi dan Solat Subuh
berjemaah |
|
06.30 pagi - 07.30 pagi |
Kuliah Subuh |
|
07.30 pagi - 08.00 pagi |
Sarapan Pagi. Pemeriksaan
Bilik Oleh Guru Asrama Dan Ketua Blok |
|
08.00 pagi - 10.00 pagi |
Kelas persediaan (Prep) |
|
10.00 pagi - 10.30 pagi |
Minum pagi |
|
10.30 pagi - 06.00 ptg |
Outing Prep bagi pelajar
yang tidak outing |
|
12.30 tgh - 01.30 ptg |
Makan Tengahari |
|
01.30 ptg - 02.00 ptg |
Solat Zohor Berjemaah |
|
02.00 ptg—04.30 ptg |
Aktiviti Pelajar |
|
04.30 ptg - 05.15 ptg |
Solat Asar berjemaah dan
minum petang |
|
05.15 Ptg—06.15 ptg |
Sukan Dan Riadah |
|
06.15 ptg - 07.00 mlm |
Makan malam |
|
07.00 mlm - 09.00 mlm |
Tadarus Al-Quran, Solat
Maghrib dan Solat Isyak. Pelajar mesti berada di surau pada jam
7.00 malam |
|
09.00 mlm - 10.30 mlm |
Aktiviti Pelajar (Bebas) |
|
10.30 mlm - 11.00 mlm |
Minum Malam |
|
11.30 mlm |
Lampu Padam / pelajar tidur
di bilik masing-masing |
|
|
Nota : Aktiviti pada hari
Cuti Umum adalah mengikut jadual hari Sabtu |
|
|
|
10.4 Ahad |
|
MASA |
AKTIVITI |
|
05.30 pagi - 06.30 pagi |
Bangun pagi dan Solat Subuh
berjemaah |
|
06.30 pagi - 07.30 pagi |
Kuliah Subuh |
|
07.30 pagi - 08.00 pagi |
Sarapan Pagi. |
|
08.00 pagi - 10.00 pagi |
Gotong Royong Asrama /
pengawasan oleh guru asrama bersama LDP dan BWP.Pemeriksaan
Bilik Oleh Guru Asrama Dan Ketua Blok |
|
10.00 pagi - 10.30 pagi |
Minum pagi |
|
10.30 pagi - 06.00 ptg |
Pelajar Dibenarkan Keluar
Dari Maktab Bersama Keluarga |
|
10.30 pagi - 12.30 tgh |
Aktiviti Pelajar |
|
12.30 tgh - 01.30 ptg |
Makan Tengahari Solat Zohor
Berjemaah |
|
01.30 ptg—02.00 ptg |
Solat Zohor Berjemaah |
|
02.00 ptg—04.30 ptg |
Aktiviti Pelajar |
|
04.30 ptg - 05.15 ptg |
Solat Asar berjemaah dan
minum petang |
|
05.15 Ptg—06.15 ptg |
Sukan Dan Riadah |
|
06.15 ptg - 07.00 mlm |
Makan malam |
|
07.00 mlm - 09.00 mlm |
Tadarus Al-Quran, Solat
Maghrib dan Solat Isyak. Pelajar mesti berada di surau pada jam
7.00 malam |
|
09.00 mlm - 10.45 mlm |
Kelas Persediaan Malam |
|
10.45 mlm - 11.00 mlm |
Minum Malam |
|
11.30 mlm |
Lampu Padam / pelajar tidur
di bilik masing-masing |
|
|
|
|
PERATURAN DISIPLIN—KATEGORI
HUKUMAN |
|
Pada bila-bila masa, pelajar dilarang atau
ditagah daripada melakukan atau terlibat atau membiarkan dirinya
terlibat secara langsung atau tidak
langsung dalam apa jua perbuatan atau aktiviti yang boleh
ditafsirkan dan dibuktikan sebagai kesalahan-kesalahan disiplin
pelajar atau melanggg Tatatertib dan Peraturan Disiplin seperti yang
telah ditetapkan atau diwartakan oleh pihak maktab. |
|
|
|
|
|
|
|