|
MRSM Gerik telah sempurna
binaannya pada tahun 1991. Ianya terletak di bukit Nassah, Kampung
Kenayat, dengan keluasan 75 ekar. Jaraknya dari pekan Gerik adalah
lebih kurang 13km.
Pemandangan sekitar MRSM Gerik sungguh indah kerana ia
di kelilingi oleh pokok-pokok yang menghijau, persekitaran yang
bersih, udara yang nyaman dan segar serta jauh dari kesibukan bandar.
Lokasi ini dapat mengalakkan pembelajaran pelajar.
Pengambilan guru dan kakitangan MRSM Gerik bermula pada
1 Disember 1993. Peringkat awal pengambilan pelajar ialah pada akhir
Januari 1994 di mana MRSM Gerik telah mengambil pelajar dari
tingkatan 2 seramai 94 orang manakala pada Februari 1994 pelajar
tingkatan 1 seramai 144 orang.
Pada peringkat awal penubuhan, tidak ada banyak
prasarana yang disediakan tetapi kini, setelah siapnya pembinaan
fasa 2, MRSM Gerik telah di lengkapi dengan pelbagai kemudahan dan
peralatan bagi memenuhi kehendak dan keperluan pendidikan. Pembinaan
fasa 2 melibatkan penambahan pejabat, dewan besar, bengkel kemahiran
hidup, asrama, rumah pengetua dan penolong pengetua, rumah guru dan
rumah kakitangan.
|