|
|
|
|
MARA |
|
Majlis Amanah Rakyat (MARA), Agensi di bawah Kementerian
Pembangunan Usahawan & Koperasi Malaysia, ditubuhkan pada 1 Mac 1966 di bawah
Akta Parlimen sebagai sebuah badan berkanun hasil daripada resolusi Kongres
Ekonomi Bumiputra pertama pada tahuns sebelumnya.
Adalah menjadi kewajipan Majlis bagi memajukan, menggalakkan,
memudahkan serta menjalankan pembangunan ekonomu dan kemasyarakatan dalam
persekutuan dan khususnya dalam kawasan-kawasan luar bandar.
|
|
MAKLUMAT MRSM |
|
VISI KORPORAT MRSM GERIK
:
Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan yang
inovatif dan bertaraf dunia. |
|
|
|
|
|
|
|
|
MISI KORPORAT MRSM GERIK:
Untuk meningkatkan penawaran tenaga manusia bumiputera yang
berpengetahuan, patriotik dan berdaya saing di bidang sains dan
teknologi. |
|
|
|
MATLAMAT
KORPORAT MRSM GERIK : Menjadi penyumbang utama kepada
masyarakat, perdagangan dan perindustrian bumiputera yang
berpengetahuan, patriotik dan berdaya saing di peringkat nasional
dan global.
|
|
|
|
|
|
NILAI TERAS: Saintifik, independen, kreatif, amanah
dan patriotik. |
|
OBJEKTIF
OPERASI :
-
Meningkatkan bilangan pelajar bumiputera dalam sains
dan teknologi, matang dan patriotik.
-
menambah peluang dan kemudahan pendidikan yang
berkualiti pada anak bumiputera yang berpotensi dan berminat dalam
bidang sains dan bidang keusahawanan.
-
menjadi pusat penjana ilmu serta inovasi dalam bidang
pendidikan bumiputera dan pendidikan global.
|
|
NILAI UTAMA WARGA MRSM
-
Jujur
dan ikhlas dalam menjalankan tugas. -
Tidak
mementingkan diri -
Menepati masa
dalam setiap urusan. -
Berinovatif,
kreatif dan produktif. -
Bersifat terbuka
dan berbudi bahasa. -
Sedia bertugas
walaupun melebihi apa yang diperlukan. -
Bersedia
mengemukakan idea yang bernas, namun bersedia menerima kritikan yang
membina. -
Menjalankan tugas
sebaik mungkin tanpa berdolak dalik. -
Prihatin terhadap
keperluan rakan setugas dan peka terhadap keperluan organisasi. -
Rasional dan
bertindak secara bertimbang rasa sebelum membuat sesuatu keputusan. -
Sanggup
mendapatkan bantuan untuk memajukan diri. -
Sentiasa
mengujudkan suasana organisasi yang ceria. -
Berpegang teguh
kepada prinsip "Amal Ma'ruf Nahi Mungkar".
|
|
DEKLARASI
BUDAYA MRSM
Deklarasi Budaya MRSM telah dilancarkan di MRSM
Balik Pulau. Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Yang
Berhormat Dato’ Mustapa Mohamed, Menteri Pembangunan Usahawan pada 16
Ogos 1997.
Budaya MRSM yang dimaksudkan ialah cara bertindak
atau cara hidup warga MRSM khususnya pelajar-pelajar yang dapat
menggambarkan identiti mereka sebagai produk MRSM yang unggul.
Adalah menjadi hasrat MARA untuk melahirkan pelajar
yang mempunyai dan mengamalkan ciri-ciri budaya MRSM yang berlandaskan
prinsip-prinsip Islam seperti berikut.
|
|
BUDAYA CEMERLANG
Cara berfikir, cara bertindak / berkelakuan pada
tahap yang sangat baik. Sentiasa berusaha mencapai tahap yang terbaik
dalam pelbagai bidang.
BUDAYA KEUSAHAWANAN
Cekap mengesan peluang dan sumber yang ada serta
bersedia berhadapan dengan risiko disamping mempunyai sikap proaktif,
komitmen, tekat dan cekal.
BUDAYA ILMU
Berusaha mendapatkan ilmu sepanjang hayat dengan
sentiasa mempunyai keinginan untuk mengamalkan, meningkatkan ilmu di
samping menemu dan membina ilmu pengetahuan.
BUDAYA KEPIMPINAN
Bersemangat dan mempunyai ciri-ciri untuk
mengamalkan, meningkatkan ilmu di samping menemu dan membina ilmu
pengetahuan.
BUDAYA PENYAYANG
Mempunyai perasaan simpati, prihatin, hormat
menghormati, bersedia membantu orang lain, sayang harta benda dan alam
sekitar.
BUDAYA KEPERSISAN BAHASA
Mampu berbahasa dengan bijak, tepat dan jitu. Boleh
menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.
BUDAYA BERFIKIR
Dapat berfikir secara kreatif, kritis, inovatif,
proaktif dan rasional.
|
|
BUDAYA SAINTIFIK
Mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke
hadapan bukan sahaja menjadi pengguna teknologi masa depan.
BUDAYA MENGHARGAI MASA
Dapat menepati dan menggunakan masa dengan berkesan.
BUDAYA SIHAT
Menjaga kesihatan dan rupa diri, bersih fizikal,
mental dan spiritual dan mengamalkan gaya hidup sihat.
BUDAYA ESTETIK
Menghayati seni dan keindahan (estetik). Boleh
menghasilkan sesuatu yang indah dan dapat diterima oleh orang lain.
BUDAYA MUAFAKAT (JAMIE)
Mengamalkan semangat bekerjasama, bantu membantu
dan semangat persaudaraan (esprit de corps).
BUDAYA JATI DIRI
Mengenal asal usul dan adat resam serta menunjukkan
kecintaan terhadap bangsa dan mendaulatkannya.
BUDAYA BERADAB
Mempunyai (menunjukkan) adab, berbudi bahasa,
bersopan santun dan maju dalam tingkat kehidupan (jasmani dan rohani)
BUDAYA BERDIKARI
Mempunyai dorongan dalam untuk membina, mengarah
dalam mencapai matlamat sendiri (self directed) |
|
|
|
|