SEJARAH PENUBUHAN

MRSM Gemencheh adalah MRSM  yang ditubuhkan di Malaysia yang menggunakan peruntukan Rancangan Malaysia yang kelapan. MRSM Gemencheh merupakan MRSM yang ketiga ditubuhkan di Negeri Sembilan. Ia merupakan salah sebuah institut pendidikan dibawah kelolaan MARA selain daripada MRSM Kuala Klawang dan MRSM Serting serta Kolej MARA Seremban. MRSM Gemencheh terletak kira-kira 11 km dari pekan Gemencheh. Kapasiti pelajar adalah seramai 840 orang, dengan 360 orang untuk menengah rendah (tingkatan 1 – 3) dan 480 orang menengah atas (tingkatan 4–5). MRSM Gemencheh mula beroperasi pada 18 Disember 2006 tetapi pengambilan pertama pelajar-pelajar bermula pada 16 April 2007  dan pengambilan kedua pada 7 Mei 2007. Pengambilan pelajar tingkatan 1 adalah  seramai 120 dan tingkatan 4 seramai 240 orang. Bilangan guru ketika ini adalah 56 orang guru dan staf seramai 25 orang.  Agihan bilangan pelajar,guru dan staf adalah seperti di bawah.Bilangan Pelajar kini adalah  seramai 347 orang pelajar dari kedua-dua pengambilan.