Sejarah MRSM Balik Pulau
Misi dan Visi
Kemudahan dan Fasiliti

Sejarah MRSM Balik Pulau

 

MRSM Balik Pulau telah ditubuhkan pada tahun 1984 dengan pengambilan pertama yang terdiri daripada pelajar tingkatan tiga dan tingkatan dua. Pelajar tingkatan tiga sebelum ini telah menumpang di MRSM Terendak dan MRSM Muar. Pada masa ini maktab ini hanya mempunyai dua belas kelas iaitu enam kelas tingkatan dua dan enam kelas tingkatan tiga.

Seramai dua puluh orang guru juga sebelumnya menumpang di MRSM Terendak dan MRSM Muar ditempatkan di sini bersama-sama dengan pelajar-pelajar tersebut. Seramai lebih kurang lima belas orang guru-guru baru juga turut sama berkhidmat pada tahun yang sama. Sehingga kini guru-guru di maktab ini sering silih berganti dan guru-guru kelompok pertama dahulu hanya tinggal beberapa orang sahaja. Iaitu Mr Chong Pak Cheong dan Ibrahim Sulaiman. Di awal penubuhannya maktab mengamalkan sistem kelas terapung yang mana para pelajar berpindah tempat untuk mengikuti kelas yang berlainan.

Maktab pernah menjadi wakil diperingkat kebangsaan dalam bahagian syarahan agama, tilawah Al Quran pada tahun 1986 dan bolasepak. Pada pertandingan tilawah Al Quran, maktab telah menjadi naib johan. Pengetua yang pernah berkhidmat di sini

 

        1984 - 1987 : Encik Mohd Hussin B Ibrahim

        1988 - 1989 : Encik Faruk Senan B Abdullah

        1990 - 1995 : Tuan Haji Abdul Ghani B Jusoh

        1996 - 2004 : Tuan Haji Faruk Senan B Abdullah

        2005 - 2006 : Encik Saleh B Osman

        2006 hingga kini : Tn Hj Mohd Sabri b Ali