msabri@mara.gov.my

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kokurikulum Akademik
 

Kokurikulum AkademikKurikulum ini berasaskan kepada kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) Kementerian Pendidikan dan kurikulum yang dibentuk khas oleh MARA. Ia terdiri dari subjek teras, subjek elektif dan subjek khas.

Subjek Teras : Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Pendidikan Islam, / Pendidikan Moral,
Matematik, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

Subjek Elektif : Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi.

Subjek Khas : Sains Komputer, Keusahawanan Perkembangan Kerjaya dan Kemahiran Berkomunikasi, Kemahiran berfikir dan kemahiran belajar.

Kurikulum Perkembangan Sahsiah

Kurikulum ini dibentuk untuk menyokong pendidikan efektif yang menekankan pengenalan diri sebagai sebahagian daripada individu masyarakat. Ia merangkumi program-program pembangunan diri, aktiviti-aktiviti keusahawan, kokurikulum, persatuan/kelab, sukan dan permainan.

Program Pembangunan Diri : Orientasi, Latihan Temuduga, Kursus Ahli Lembaga Koperasi dan Badan Wakil Pelajar.

Aktiviti Keusahawanan : Aktiviti Koperasi, Penerbitan Majalah Nostalgia dan Program Usahawan Muda.

Persatuan dan Kelab : Persatuan Matematik, Kelab Komputer, Kelab Sejarah, Kelab Pengguna, Seni Khat, Persatuan Bahasa Inggeris, Tunas Saintis, Debat, Drama, Kelab Bahasa Inggeris , Pementasan, Pantun, Pidato, Forum dan Kelab Alam Sekitar.

Badan Beruniform : Kadet Bomba, Pertubuhan Kadet Bersatu Malaysia, Persatuan Bulan Sabit Merah, Jabatan Perkhidmatan Awam 3, Tae Kwan Do, Aikido, Renjer Puteri, Pengakap, Bomba, Karate Do, St John Ambulandan Silat Cekak.

Sukan & Permainan : Hoki, Bola Jaring, Bola Tampar, Tennis, Sepak Takraw dan Badminton


 

Pencapaian Para Pelajar

Antara pencapian para pelajar MRSM Balik Pulau yang membanggakan:

1. Karnival Bahasa JPN

- Pidato : Johan Pidato Piala Diraja Kelompok M4
- Pantun : Johan Kelompok M4
- Bahas Bahasa Inggeris : Johan Kelompok M4
- Choral Speaking : Tempat ketiga Kelompok M4

2. Minggu Bahasa MRSM Zon Utara

- Johan Zon Utara Bahas Bahasa Inggeris
- Drama Bahasa Inggeris : Pelakon Wanita Terbaik
- Pidato (Johan Zon Utara)

3. Pasukan Pantun MRSM Balik Pulau : - Naib Johan Pesta Pantun Peringkat Negeri Pulau Pinang 2008

- Nur Yusra Binti Che Mansor
- Firdaus Hayie Bin Daud
- Nur Syamimi Binti Mohd Yusof
- Wann Noor Afidah Binti

4. Nur Yusra Izzati Binti Che Mansor

- Naib Johan Pertandingan Melukis Potret Sempena Karnival Matematik Peringkat Kebangsaan 2008

5. Ragbi 15 Sebelah - Tempat ketiga Div 1 MSSPP

6. Pidato Naib Johan Peringkat Negeri Pulau Pinang

Tahniah diucapkan.



MRSM Balik Pulau 2008 | Webmaster  | 04-8669499 04-8668371