megaphone

Keputusan peperiksaan selaras boleh disemak sekarang. Sila ke Menu Keputusan.

megaphone

Maklumat berkaitan dengan Mock Interview dan Program Reoreintasi. Sila muat turun. Mock Interview | Program Reorentasi
Muat Turun Kalendar Maktab 2010.


megaphone

Pelajar dibenarkan pulang pada cuti semester 1 bermula Jumaat (4/6/2010) hingga 20/6/2010. Pelajar Tingkatan 3 (TPNG 3 kebawah) dan TIngkatan 5 (TPNG 2.75 kebawah) dikehendaki pulang semula ke maktab lebih awal iaitu pada 14 Jun untuk menghadiri kelas tambahan.

megaphone Markah Kokurikulum SPM 2009. Muat turun
Keputusan Peperiksaaan Semester 2. Sila klik pada link Keputusan.
Maklumat Program Selepas SPM. Muat Turun

megaphone Tahniah kepada guru dan kakitangan yang dianugerahkan untuk Kualiti Bulanan MRSM Balik Pulau. Sila klik disini.
Untuk Makluman Ibu Bapa - Sistem Semakan Data Pelajar.(klik sini)

Selamat Datang

Selamat Datang ke laman web MRSM Balik Pulau. Kami telah memberi sentuhan baru supaya pembacaan anda lebih menyeronokkan dan menarik minat anda untuk sentiasa melawat laman web kami. Terima kasih atas lawatan anda.

-Webmaster-

 

 

 

 

Program Perkhemahan Perdana di Teluk Duyung - Tingkatan 5 CssTemplatesWeb.com

 

Perkhemahan Perdana ini telah di adakan pada 9 - 11 April bertempat di Monkey Beach (Teluk Duyung), Taman Negara Pulau Pinang. Seramai 131 pelajar dari Tingkatan 5 menyertai program ini. Antara aktiviti yang diadakan ialah memasak menggunakan mess tin, malam kebudayaan, aktiviti air dan jungle trekking.

 

 

 

 

Program Cakna Kebersihan & 1 Maktab Bersih CssTemplatesWeb.com

 

Dengan bertemakan "1 MAKTAB BERSIH - JOM KUTIP" program ini mempunyai matlamat untuk melihat maktab kita bersih daripada sisa-sisa buangan yang kita lakukan dengan tangan kita di tempat kita. Harapan Badan Wakil Pelajar sebagai pihak penganjur agar program ini akan menimbulkan kesedaran kepada warga pelajar tentang kepentingan kita memastikan maktab kita bersih.


Program ini dicadangkan seperti berikut:

Tempat : MRSM Balik Pulau.
Tarikh : 29 March hingga 05 April 2010.

 

 

 

 

 

 

Kejohanan Olahraga Ke 20 MRSM Balik PulauCssTemplatesWeb.com


Kejohanan Sukan Olahraga MRSM Balik Pulau Kali Ke 20 telah diadakan pada 12 Mac yang lepas. Kejohanan Olahraga ini telah dirasmikan oleh YDP Muafakat, Dato' Ayob. Pasukan Suria telah mengungguli Kejohanan pada tahun ini. Ini adalah kemenangan enam kali berturut-turut rumah Suria. Walaubagaimana pun, tahniah buat Rumah Purnama kerana berjaya menjadi Naib Johan pada Sukan Olahraga kali ini.

 

 

 

 

 

 

Keputusan Peperiksaan SPM 2010CssTemplatesWeb.com

Tahniah diucapkan kepada para pelajar atas pencapaian yang cemerlang dalam Peperiksaan SPM 2009 yang lepas. Kami mendoakan semoga kalian lebih berjaya dimasa akan datang.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Seminar Guru - Majlis Perpisahan - AGM Kelab Guru

 

CssTemplatesWeb.com

Kelab Guru MRSM Balik Pulau telah mengadakan satu seminar untuk memantapkan profesionalisme guru-guru MRSM Balik Pulau yang bertempat di Eastin Hotel, Pulau Pinang. Selain seminar, Kelab Guru turut mengadakan Mesyuarat Tahunan untuk melantik ahli jawatankuasa baru. Seperti yang sedia maklum jawatan Presiden Kelab masih lagi disandang oleh Tn Hj Ibrahim b Sulaiman. Tahniah diucapkan. Majlis perpisahan cikgu Aziah Aziz yang akan bertukar ke MRSM Mersing turut diadakan di sini. PIhak MRSM Balik Pulau mengucapkan selamat maju jaya.

 

Program 1 Pelajar 1 Netbook - Celcom Axiata & MIMOS

 

CssTemplatesWeb.com

Celcom Axiata dengan kerjasama MIMOS Smart Computing Sdn Bhd berbesar hati menawarkan pakej netbook SMART untuk kegunaan para pelajar. Dengan ansuran serendah RM50 sebulan selama 24 bulan, skim ini membolehkan pelajar MRSM Balik Pulau memiliki sebuah netbook untuk tujuan pembelajaran. Terima kasih Celcom dan MIMOS. Dato' Seri Dr Hilmi telah merasmikan program ini di Dewan Seri Gemilang MRSM Balik Pulau.

 

Back to School!!

 

CssTemplatesWeb.com

Selamat kembali untuk meneruskan perjuangan. Semoga tahun baru ini pelajar semakin bersemangat dan berazam untuk berjaya dalam peperiksaan SPM dan PMR. Semoga Berjaya.