PROGRAM CAS

CAS adalah singkatan untuk ‘Creative’, ‘Action’ dan ‘Service’. Aktiviti CAS merangkumi aktiviti yang berorientasikan kreativiti pergerakan fizikal dan khidmat masyarakat.

Aktiviti CAS berfungsi sebagai pelengkap kepada pencapaian akademik pelajar. CAS menyediakan ruang untuk para pelajar belajar melalui pengalaman dan mengembangkan potensi serta kemahiran yang terdapat dalam diri mereka.

Melalui penglibatan pelajar di dalam pelbagai aktiviti CAS (dalam kampus, luar kampus dan semasa cuti semester), mereka akan memperolehi faedah-faedah berikut:

1. Mempunyai keyakinan diri yang tinggi.
2. Menghormati/menghargai pelbagai nilai dan kepercayaan merentasi kaum, adat, budaya,agama, jantina dan politik.
3. Kesedaran diri yang tinggi terhadap isu-isu kemanusiaan, alam sekitar dan sebagainya dari perspektif masyarakat setempat, negara dan antarabangsa.
4. Berkebolehan untuk berinteraksi secara berkesan dan bermakna dengan orang lain.
5. Kesedaran diri yang tinggi tentang tanggungjawab terhadap masyarakat.
6. Berkebolehan untuk mengimbas kembali dan mempelajari sesuatu daripada pengalaman yang diperolehi.
7. Semangat yang tinggi untuk mencuba sesuatu yang baru dengan penuh komited, berinisiatif dan penuh keyakinan.
8. Berkebolehan untuk menempuh segala cabaran hidup dan sentiasa bersedia untuk memperbaiki kelemahan diri.
9. Memperolehi kepakaran atau kebolehan tertentu yang boleh dimanfaatkan untuk membantu orang lain dan kerjaya pada masa hadapan.