sejarah ringkas

:: Misi :: Visi :: Matlamat:: Nilai Teras::

Sejarah Kolej MARA Banting bermula seawal tahun 1985 dengan menumpang di MRSM Seremban bagi tujuan menyediakan pelajar MRSM untuk program GCE A-Level. Program tersebut merupakan program persediaan untuk kemasukan pelajar ke universiti di luar negara.

Bagi mempelbagaikan bilangan universiti yang boleh disertai oleh pelajar, pada tahun 1991 kolej ini telah pun memperkenalkan satu lagi program pra-universiti yang baru iaitu Program International Baccalaureate (IB) setelah mendapat pengiktirafan dari International Baccalaureate Organisation bagi menjalankan program tersebut.

Bagi menampung keperluan program dan pelajar yang bertambah, kolej ini telah pun diubah ke lokasi baru seluas 84 ekar iaitu lokasi yang digunapakai sekarang. Maka bermula dari tanggal 1 Julai 1992, kolej ini beroperasi dengan menggunakan nama MRSM Banting dengan sejumlah pelajar : 71 orang pelajar International Baccalaureate daripada MRSM Cheras dan 310 orang pelajar GCE A-Level dari MRSM Cheras dan MRSM Seremban.

Pada tahun 1994, nama MRSM Banting telah ditukarkan ke nama baru iaitu Kolej MARA Banting sehinggalah sekarang. Kolej MARA Banting mempunyai 33 kakitangan di Bahagian Pentadbiran dan 85 orang guru yang bertauliah di Bahagian Akademik. Jumlah keseluruhan kakitangan di Kolej ini ialah seramai 118 orang.

Mulai dari Bulan Mei 2003 Kolej MARA Banting telah menjadi 'IB World School' sepenuhnya. Sebelum ini Kolej MARA Banting mengendalikan 2 program iaitu Program IB dan Matrikulasi. Kini Kolej MARA Banting menumpukan sepenuh perhatian kepada Program IB sahaja.

 
 
 

MISI

Untuk meningkatkan penawaran tenaga manusia bumiputera yang berpengetahuan patriotik dan berdaya saing, dalam bidang sains dan teknologi.

VISI

Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan yang berinovatif dan bertaraf dunia.

Kembali ke atas

MATLAMAT KORPORAT

Menjadi penyumbang utama kepada pembangunan masyarakat perdagangan dan
perindustrian bumiputera yang berpengetahuan, patriotik dan berdaya saing
di peringkat nasional dan global.

NILAI KORPORAT

Saintifik, Independen, Kreatif, Amanah dan Patriotik.

Kembali ke atas