secebis bicara
Segala puji bagi Allah s.w.t. Tuhan semesta
alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.,
ahli keluarganya serta para sahabat sekalian, Kolej MARA Banting merupakan sebuah institusi
pendidikan MARA (IPMa) yang mengendalikan Program IB sepenuhnya. Program
IB ini ditawarkan oleh lebih daripada 2,000 institusi pendidikan di
seluruh dunia dengan tenaga pengajar seramai 50,000 orang dan sejumlah
500,000 orang pelajar. Walaupun KMB merupakan pusat IB yang terbesar
di dunia dari segi pengambilan pelajar baru setiap tahun (anggaran 350
- 400 pelajar), prestasi KMB setiap tahun adalah antara pusat IB yang
terbaik di dunia. Purata mata untuk diploma IB di KMB ialah 38 mata
daripada maksimum 45 mata. Ini adalah hasil dorongan daripada kesungguhan
dan usaha yang ditunjukkan oleh pelajar KMB serta bimbingan dan dorongan
guru-guru yang komited lagi penyayang. Tidak kurang pentingnya ialah
ibubapa yang sentiasa menyokong usaha kolej untuk meningkatkan pencapaian
akademik serta menjaga kebajikan anak-anak. Setiap tahun pelajar KMB akan meneruskan
pengajian dalam bidang perubatan di universiti-universiti terkemuka
perubatan dari Ireland hingga ke New Zealand dan dalam bidang kejuruteraan
di UK, USA, Australia dan New Zealand (mengikut tetapan penaja). Hampir
80% pelajar di KMB adalah pelajar perubatan manakala baki 20% adalah
pelajar kejuruteraan dari pelbagai bidang. Sekian, terima kasih.
|