KESIHATAN & PERUBATAN

  • Kolej menyediakan penghantaran pelajar ke Pusat Kesihatan Kecil Bukit Changgang, Klinik Panel atau Hospital Banting. Penghantaran dilakukan 2 kali sehari iaitu pada jam 8.30 pagi dan 2.30 petang. Pelajar dikehendaki mendaftar di kaunter asrama sebelum bertolak ke Klinik atau Pusat Kesihatan. Kes Kecemasan diluar waktu sesi akademik diuruskan oleh Ketua Warden yang dibantu oleh 13 orang warden.
  • Insuran Kelompok, Klinik Panel bagi pelajar yang ditanggung oleh majikan ibu/bapa, perkhidmatan pakar - jika perlu akan dilakukan atas permintaan pelajar.