PENGINAPAN

6 blok asrama dengan 75 bilik satu blok asrama (bangunan 2 tingkat) dimana 2 orang pelajar dalam satu bilik.

Kemudahan :

1. Katil, almari baju, meja belajar dan kerusi setiap pelajar bagi setiap bilik.

2. Sebuah bilik TV dan sebuah 'Common Room' bagi setiap blok asrama.

3. Tempat menggosok pakaian dan memasak air setiap tingkat blok asrama.

4. Sebuah bilik Laundry dengan 10 mesin basuh dan 12 mesin pengering. Tiada had bagi kekerapan dan kuantiti basuhan.

5. Sebuah kedai Koperasi
dan Kafeteria.

peraturan asrama

1. Bilik dan kemudahan asrama :
a) Pelajar hendaklah menghormati waktu senyap setiap hari : 12.00 tengah malam hingga 6.00 pagi.

b) Bilik mestilah sentiasa bersih dan kemas. Kasut, tuala dan baju hendaklah disusun di tempat yang sesuai.

c) Lampu hendaklah di padamkan pada pukul 12.00 tengah malam. Walaubagaimana pun pelajar di benarkan menggunakan 'lampu study ' di bilik masing-masing.

2. Penggunaan alat elektrik/hak milik :

a. Penggunaan radio di dalam bilik hanya di benar menggunakan bateri sahaja. Mini kompo tidak di benarkan.

b. Pelajar di larang membuat sebarang sambungan elektrik sendiri. Sekiranya didapati pelajar mengingkari arahan hukuman berat akan diberikan.

c. Pelajar di larang memasak sama sekali.