PENGANGKUTAN

Kolej MARA Banting menyediakan 1 buah bas dengan muatan 44 penumpang dan 2 buah van dengan muatan 10 orang setiap satu untuk aktiviti pelajar. Penggunaan adalah percuma untuk semua aktiviti pelajar.

Penghantaran pelajar ke Pusat Kesihatan Kecil Bukit Changgang / Hospital Banting dibuat 2 kali sehari iaitu pada jam 8.30 pagi dan 2.30 petang. Kes Kecemasan diluar waktu sesi akademik diuruskan oleh Ketua Warden yang dibantu oleh 13 orang warden.

Bas sewa akan digunakan jika aktiviti ko-kurikulum berjalan serentak. Segala perbelanjaan akan ditanggung oleh MARA.