BIMBINGAN & KAUNSELING

Perkhidmatan kaunseling peribadi diadakan secara percuma untuk pelajar dengan cara temu janji atau datang sendiri ke bilik kaunselor. Kolej ini mempunyai seorang kaunselor sepenuh masa yang membantu pelajar-pelajar menangani apa sahaja perkara yang berkaitan dengan mereka. Selain itu, Kolej ini juga mempunyai seorang Guru Bimbingan.

Perkhidmatan ini di beri kepada individu atau berkumpulan bergantung kepada isu peribadi, sosial, bimbingan kerjaya, akademik, penempatan di luar negara, disiplin dan penyesuaian diri.

Di antara jenis-jenis kaunseling yang terdapat di dalam Kolej MARA Banting ini adalah Kaunseling Rakan Sebaya, Kumpulan Pengajaran Rakan Sebaya, Khidmat Nasihat, Sistem Mentor-Mentee (homeroom), Bimbingan Individu dan Bimbingan Kerjaya.