International Baccalaureate (IB)
| Program International Baccalaureate
(IB) Program ini merupakan program peringkat diploma yang dikendalikan oleh International Baccalaureate Organisation (IBO); sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang beribu pejabat di Geneva, Switzerland. Walaubagaimanapun, pejabat yang menguruskan hal-hal peperiksaan dan kurikulum (IBCA) terletak di Cardiff, United Kingdom. Program ini diasaskan pada tahun 1968. Ianya telah disusun untuk pelajar bermotivasi tinggi berumur diantara 16 dan 19 tahun. Ianya telah mendapat reputasi yang meluas diatas sistem penilaian yang sangat terperinci, dan ini memberikan lebih peluang kepada pemegang diploma ini untuk melanjutkan pengajian ke universiti-universiti terkemuka dunia. Terdapat 3 bahasa pengantar yang utama bagi program
ini iaitu : Inggeris, Perancis dan Sepanyol. Walaubagaimanapun, Kolej
MARA Banting memilih Bahasa Inggeris sebagai medium utama pembelajaran. |